Life is A Journey


Tuesday, December 6, 2011

Berat, Ringan, Sukar, Mudah

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai puasa di hari Tasu'a dan Asyuura'. Alhamdulillah. Panjang doanya ;)

skY pernah mengeluarkan kata nasihat kepada keluarga sendiri dan pernah dicebek dengan ungkapan "Kau tu baharu nak tengok dunia." Terhiris hati mendengar perkataan itu keluar dari mulut keluarga sendiri. Apakan daya, tidak semua kebenaran itu mudah diterima orang yang salah. You can't expect a woman with a feminism and humanities law background to be silent. Totally useless to be wait for.

Ketahuilah


Yang paling berat; Amanah. 
Setiap apa yang kita terima di alam ini; Milik kita atau bukan bakal dihitung satu persatu dan tidak akan pernah terlepas dari pandangan dan timbangan Allah. Jika ianya ILMU, bakal ditanya ke mana dan dengan tujuan apa ilmu itu kita gunakan. NIKMAT deria, berlebihan lagi. Ke mana matamu memandang?. Ke mana tanganmu memegang?. Ke mana kakimu melangkah?. Ke mana mulutmu berbicara?. Ke mana telingamu mendengar?. Ke mana hidungmu menghidu?. Ke mana hatimu berniat?. Ke mana dan untuk apa semua itu digunakan. Ke mana gaji bulananmu diagihkan?. Ke mana waktumu diluangkan?. Ke mana? Untuk apa? Itu bakal ditanya. Itulah AMANAH.


Yang paling ringan; Lalai. 
Waktu berputar dari pagi ke tengahari dan menjejak ke petang bertukar ke malam. Di mana tanggungjawab sebagai anak?. Di mana tanggungjawab seorang kakak? Abang? Adik? Anak lelaki? Suami? Isteri? Ayah? Ibu?. Ke mana semua itu pergi. Lalai dengan waktu yang berlalu. Paling utama hak-hak Allah sebagai Tuhan yang menciptakan. Ke mana waktu penghambaan yang wajib lima waktu disiakan dengan alasan duniawi?. Itulai LALAI.


Yang paling sukar; Kebenaran. 
Peritnya kebenaran. Kadangkala kebenaran mampu meragut nyawa seseorang. Jika itu berlaku, kebenaran hanyalah penyebab. Punca sememangnya Ajal dan Maut. Kebenaran itu pahit. Hati manusia mendambakan bahagia sentiasa. Kebenaran tidak bahagia. Ia diselangi derita dan keperitan. Manusia gemar berseronok. Kebenaran itu murung dan waktu pertimbangannya panjang. Ia bakal meragut waktu keseronokan. Itulah KEBENARAN.


Yang paling mudah; Lupa.
Ia perkara paling asas dalam kekhilafan manusia. LUPA. Lupa dengan nikmat Tuhan yang dipinjamkan. Lupa pada tanggungjawab. Lupa pada azab dan siksaan. Lupa pada kebenaran janji-janji Tuhan. Lupa. Nafsu yang paling sempurna dalam mengejar dunia. Itulah asas kekhilafan. Itulah LUPA.


Pesan Imam Al-Hassan Al-Basri;
"Wahai manusia; Sesungguhnya ketika aku menasihati kalian, bukanlah bererti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling benar di antara kalian. Sesungguhnya, akupun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan kesempurnaan, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam menaati Tuhan. Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, niscaya tidak akan ada para pemberi nasihat."


Wallhuaklam.

Friday, December 2, 2011

Kita sentiasa beralasan.

Assalamualaikum Penghulu Hari.


Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alas an dari 4 jenis golongan manusia iaitu; 

i. Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata, “Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukan aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan.” Firman Allah kepadanya, “Kekayaan tidaklah standing dengan kekayaan Nabi Sulaiman A.S tetapi tidak dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku.” 

ii. Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata, “Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.” Firman Allah kepadanya, “UtusanKu yang bernama Nabi Yusuf A.S pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu.” 

iii. Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.” Firman Allah kepadanya, “Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu iaiti Nabi Isa A.S dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab terhadapKu.” 

iv. Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata “Penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud terhadapMu.” Firman Allah kepadanya, “Penyakitmu tidaklah seteruk seperti yang dialami oleh hambaKu yang mulia iaitu Nabi Ayub A.S tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti dari menyebut akan namaKu.” 

Apakah alasanku di hadapan Allah kelak. Ya Allah, jangan palingkan redhaMu dari aku.
Selamat pagi Penghulu Hari ;)
Wallahuaklam.

Thursday, December 1, 2011

Nikmat berbuka.

Assalamualaikum.

Tidak pasal-pasal post hari ini skY letak posting ala-ala Ramadhan gitu. Hehe. Alhamdulillah selesai berbuka tadi. Mudah sahaja hidangan berbuka hari ini. Tidak sampai tiga bulan Ramadhan meninggalkan kita, hati ini sudah kembali rindu bukan kepalang. Lebih kurang lapan bulan lagi baharu lah kita akan berjumpa kembali Ramadhan! Argh rindunya.


Benarlah sabda Rasullullah S.A.W bahawa manusia akan temukan salah satu kegembiraan dari yang lain. Dan kegembiraan itu datang dari kegembiraan ketika hendak berbuka. Hidangan tadi cuma seringkas nasi putih, sayur sawi masak air dan ikan kering gelama di goreng rangup! Alhamdulillah.

A short posting after Iftar while waiting the food to be digested. 
RINDU RAMADHAN.

Monday, November 21, 2011

Hikmah di depan mata.

Assalamualaikum.

Manusia seperti kita memang saling melakukan kekhilafan dalam etika mahupun bicara. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan. Ada pula yang membalas dengan ukur baju di badan sendiri atau sama dengan cermin diri sendiri dahulu. Kalau dalam bahasa omputihnya kalau nak nasihatkan orang jangan sampai pot called the kettle black.

Dalam hidup kita seharian, banyak pengajaran yang hadir bagai satu pemberitahuan secara tidak rasmi oleh Allah kepada diri kita untuk dijadikan tauladan. Pelbagai cara dan kaedah yang Allah turunkan bagi menyedarkan diri sendiri betapa sesuatu amalan yang sia-sia itu jangan dituruti. skY selalu memberitahu diri sendiri betapa besederhanalah dalam segala segi terutamanya dalam urusan kebendaan dunia. Dalam erti kata lain, nak demand cantik, kaya, berharta. Semoga itu semua dijauhkan. Antara semua urusan dan tahapnya, yang pertengahan itu lebih elok.

Perkara keduniaan memang meletihkan jika dikejar. Terutamanya harta dan pangkat. Semuanya hanya menambah haus walau hilang dahaganya seketika. Bagi skY, definisi berharta cukuplah jika mampu TIDAK BERHUTANG. (Maaf jika skY salah memberi punca cerita) Salah seorang Sahabat Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah menyalahgunakan kuasanya sebagai gabenor menjaga perbendaharaan harta BaitulMal. Walaupun hanya sebatang lilin untuk diberikan kepada anaknya untuk belajar. Nabi Yusuf A.S sendiri lebih redha dicampakan ke dalam penjara setelah difitnah daripada menjadi rebutan para wanita istana. Kita? Sendiri jawab ;)

Jika memang diri tidak mampu memiliki sesuatu atau memang sebenarnya sesuatu perkara itu diluar kemampuan fizikal dan mental, hentikanlah. Jangan terus mengejar benda yang tidak tertanggung oleh diri sendiri. Belajarlah besederhana. Jika mengikut sesuatu kerana cabaran, biarlah mengaku kalah. Jika berazam suatu cita kerana dihina, redhalah sahaja. Tidak salah jadi pembakar semangat tetapi jangan kikirkan hati dengan sifat mazmumah. Cela dihati hanya mengundang kesiaan yang tidak berpenghujung. 


Berhenti mengejar bukan penunjuk berputus asa. Tetapi lebih elok berjalan perlahan dan akhirnya pasti itulah rezeki yang ditakdirkan oleh anda oleh Allah yang Maha Mengetahui akan sesuatu perkara. Mungkin, Kita punyai rencana, Allah juga punya rencana. Jika kita punya keinginan,maka Allah yang memberikan ketetapan.

Ambillah hikmah yang lalu didepan mata sebaik-baiknya. Ada kebaikan.

USAHA.DOA.REDHA.PENERIMAAN.IKHLAS. 

Wallahuaklam.

Saturday, November 12, 2011

Sebab Cinta

Assalamualaikum.

Ehsan Google

Hujan renyai membasahi bumi sejak tengahari. skY lah orang yang paling bahagia. Haha. This is very lame expression on those who knew since beginning how fanatic, no lunatic skY is when comes to raining days.

CINTA. Memang abstrak setiap kali ingin dibicarakan. Cinta antara manusia berubah dimamah waktu kerana memang sifat manusia itu jelak pada keadaan yang tidak selesa secara berterusan. Realiti! Perasan kan apabila skY menghitamkan baris ayat di atas?.

Ini penjelasannya.

Ada pepatah Inggeris yang bermaksud, lelaki mengahwini wanita dan mengharapkan dia tidak akan berubah. Dan wanita mengahwini lelaki dengan mengharapkan lelaki akan berubah. Perfectly vain(hampa, hancur, musnah). Listen, no no no; Read! Banyak sudah perumpamaan di dalam cerita wanita itu cantik, lembut, sopan sebelum pernikahan dimeterai. 


Sesudah berkahwin, wanita sebenarnya hodoh, tegas, ok garang ok singa betina! dan kasar!. Hodoh kerana tidak cukup masa melayan suami yang hanya tahu memerintah. Ya Allah lindungi aku dari si pemerintah. Tegas kerana suami sesuka hati menghabiskan wang dan waktu pada hobi sedangkan keperluan isi rumah tidak diutamakan. Ya Allah, lindungi aku dari si pemboros dan kedekut waktu. DAN. Kasar kerana melakukan kerja rumah yang KONONYA tanggungjawab perempuan sebagai surirumah WALAUPUN mereka turut bekerja. Sama penat, sama tertekan dengan pekerjaan. Dan itu semua hanya kerana ingin membantu suami. Really membantu? Bukan mencari nafkah sebenarnya?. Not to mention pendapatan lebih besar dari si suami .Ya Allah lindungi aku dari lelaki ego yang salah mentafsir amanah yang diterimanya ketika ijab qabul.



Lelaki pula diharapkan wanita supaya bertukar kepada seorang yang beragama setelah berkahwin. Lebih kurang panas baran setelah berkahwin. Dan mungkin lebih menghargai selepas berkahwin. Jika ditanya pada skY of course skY jawab bakal berhenti merokok selepas berkahwin. NO NO NO WOMEN! Jangan pernah berharap tabiat buruk lelaki akan berhenti selepas ijab dan qabul sah. Read with a wide eye opened! JANGAN MENGHARAP LELAKI AKAN BERUBAH SELEPAS BERKAHWIN! I'm not being sarcastic towards yang memang mahukan perubahan dan yang memang benar-benar ingin berubah. ADA. Ada yang ingin berubah dan benar-benar berubah tetapi jumlahnya sedikit. Lebih sedikit daripada yang mampu dilihat oleh mata kalian(wanita). 

Tenang.

Kata As-Shafie. Cintailah manusia itu kerana agamanya. Jika hilang agama itu darinya, maka hilanglah cinta padanya. Itulah sebab cinta utama. Jika yang membaca kurang agama, tambahkanlah ilmu itu. Apabila bercakap soal agama atau yang lebih beragama, minda kita sepatutnya tidak meletakan gambaran seorang yang berjubah putih, berpelekat dan berserban bagi lelaki. Dan tidak pula yang bertudung labuh bagi wanita. Nilai agama dan tahap iman dalam diri dan hati hanya Allah yang tahu. Jika inginkan yang baik, jadikan diri anda baik. Jika anda memang sederhana maka cari dan ambillah yang sederhana. JANGAN MENGHARAP TINGGI pada apa yang tidak layak anda miliki. Bukan mengetuk kepala anda ke tingkat terbawah atau menghina tetapi inilah hakikat. Tinggalkan yang baik untuk yang baik jika diri memang tidak mampu menjadi sebaik itu. Bukan apa, elak berlakunya alasan 'tidak sefahaman' apabila ingin bercerai. Alasan lapuk dan sememangnya mampu dielakan dari awal.

Tahu sudah sebab cinta? Tiada lain kecuali kelengkapan agamanya.Wallahuaklam.

Friday, November 11, 2011

Jangan datang padaku dengan noda.


Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlaku
Entah Siapa Yang Tahu
Adakah menjadi tempat diluahkan segala kepayahan seperti 'punching bag' memang kepakaran kalian? 
Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan
Kalian mengharapkan dia atau sesuatu itu faham situasi kalian tetapi kalian sendiri tidak mahu diri kalian difahami. Mana pertimbangannya? 
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi
Teruskan dengan pembohongan itu. 
Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia
skY yang tanggung 'Noda' 
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta
Ingat, aib mu bakal dilindungi Allah 'di sana'


Assalamualaikum.

skY sering menjadi orang tengah di kalangan yang merintih. skY faham rintihan kalian. Cukup faham. Tetapi kalian yang tidak faham situasi sebenar, dan menerangakn situasi kalian membuta tuli. Dan kalian tidak mahu cuba faham situasi pihak lain. skY dinodai dengan keluhan kalian!

Tiada satu kejadian di bumi Allah dijadikan dengan sia-sia. Dari sebesar zarah hingga sebesar gajah, ada fungsinya, ada gunanya! There is no such things as 'useless' in humanities vocabs.

skY bagaikan span yang menyerap setiap basahan yang kalian tinggalkan. skY tempat kalian meluah dan menagih simpati akar punca masalah dan kalian berasa lega kerana ada yang sudah mendengar dan mungkin mengambil tindakan akan luahan kalian. Dan orang itu adalah skY! Jangan memandang tinggi akan tahap kerasional seorang yang diam dan tersenyum.

Datang dengan keluhan. skY terima. Datang dengan cemuhan dia tu tak berguna, jangan percaya si dia. Dengan kedutan wajah mengambarkan betapa TIDAK BERGUNANYA SESEORANG KEPADA TAHAP PEMAHAMAN ANDA SATU NODA BAGI YANG MENDENGAR. YANG MENYERAP BAGAI SPAN SEBIJI SEBIJI PERKATAAN DICEMARI NODA!

They said :


He said : 


ALLAH said : 




INGAT! Jika anda melindungi aib seseorang di sini, Allah lindungi aib anda 'di sana'. INGAT! INGAT! INGAT! Jangan cemikan wajah memberitahu perihal 'ketidakgunaan' seseorang atau sesuatu perkara hanya kerana dia atau sesuatu tidak mampu menjadi apa yang anda inginkan terjadi. Itu noda! Jangan nodai hati. 

skY masih mendengar kerana rasa hormat menjadi pendengar. Namun jangan datang kepadaku dengan noda!

Wallahuaklam.

11/11/11


Abangah get married. 

Ehsan Google

Assalamualaikum,

Walaweh, lamanya skY tak update blog. Tidak perlu ditanya mana menghilang. Mana cerita baharu. Kalian 'stalker'  setia, 'silent' reader. Sudah tahu jawapan barangkali. Apa-apapun, Alhamdulillah skY sihat walafiat. Kadang-kadang kurang sihat tu dah menjadi rutin. 

Banyak yang skY ingin utarakan di ruangan maya ini. Kepulan isu dan tali idea berpintal bertelingkah sesama sendiri ingin mencari sebab dan punca serta ayat dan masa yang sesuai untuk diceritakan. Kerap kalah pada kekangan waktu dan tahap kemalasan terlampau dalam diri setelah melihat bantal dan tilam yang 'seksi' di mata sendiri. Haishhhh. Apa-apapun, skY terperasaan; ayat-ayat yang digunakan seperti mahunya penuh bertatabahasa lengkap ya. Well, you want to sit next to me while writing a professional poetic sarcastic complain letters? 
-_-"

YA, Banyak yang skY ingin kongsikan. Banyak. Bakal menyusul. InsyaAllah ;)

Wallahuaklam.

Monday, September 26, 2011

Walking Under White Roof

Walking Under White Roof

Walking under white roof
Smiling away, while see you around me
Tried to call your name but my tongue freeze
Just a glance from under white roof and smiled again

Each day passed I went through
Thinking about you and your smile
Suddenly I realised that our braid is virtual
Like what I wanted, like you agreed

Walking under white roof will never be repeated
Walking under white roof with you exchanged ogle
But never smiled

Walking under white roof with you
What can be more than that?
We will always be a pair of stranger
While walking under white roof

While walking under white roof
It’s your personality attracted me to you
Walking under white roof with you
Walking under white roof with you will always be remembered

While walking under white roof
I can feel a feeling
Present while we walking under white roof
Nice and blissful!

Walking under white roof with you
With a shining from an azure
While walking under white roof with you
You’ll never knew

While walking under white roof with you
It’s a walking under white roof feeling
Walking under white roof with you will always fresh in my mind
As a memory from a friend


Walking under white roof with you.
2006.

Tuesday, September 20, 2011

Dicas!

Assalamualaikum.

skY hilang kiraan apabila di luar Ramadhan. Serasanya masih lagi berbaki Syawal ketika posting ini ditulis. InsyaAllah.

Apa khabar yang membaca dalam senyap?. UPSR sudah habis. Andalah yang gembira selepas tempoh itu berakhir. I missed our happy moments ;)

Jika yang mengikuti perkembangan kesihatan skY di facebook, rasanya tahu bahawa skY baru pulih dari sakit. Alhamdulillah, pulih lagi. Cuti sepatutnya sampai hari ini, 20hb September 2011 tetapi mengenangkan banyaknya kerja yang masih tertangguh menunggu di meja minta diselesaikan, skY sengaja pulang segera untuk itu. 

skY ke Kuala Lumpur berjumpa dengan sahabat dan kenangan-kenangan indah yang terpalit di bumi tidak simpati pada tangisan umat manusia. Di sebalik kesesakan, skY temui keseronokan dan senyuman ketika menaiki LRT dan monorail sendirian. Tersentuh hati mengenang kembali kenangan sedih ketika itu tetapi kali ini skY cuma diam dan fikiran penuh dnegan monolog "Ketika itu aku". Emosi tetapi bermakna. So it's worth it!

Berada di kalangan sahabat-sahabat yang sibuk dengan pekerjaan dan gurauan disekitar cerita ceria benar-benar membuatkan skY sembuh dari sakit. Hehe. Mana tidaknya, bergelak sakan sampai terasa geli di perut naik sampai ke kepala hingga waktu ingin melelapkan mata. Indahnya nikmat persahabatan! 

Isnin tiba dan semua kembali ke rutin asal. Kerja mencari rezeki di bumi yang tidak pernah tidur, Kuala Lumpur. Apabila semua keluar dari rumah, skY tahu waktu itulah skY harus kembali ke Johor. Kembali kepada amanah yang skY juga pikul cuma bezanya bukan di Kuala Lumpur lagi. 

Sekali lagi menaiki LRT ke stesen bas TBS di bandar Tasik Selatan dalam renyai hujan. Dicas lagi! Berjalan dalam hujan ibarat mengecas tubuh ini, mengalirkan cas-cas negatif keluar mengalir ke tepi jalan seperti mana aliran air kotor yang terus ke longkang. Hingga ke akhir waktu di hujung lebuhraya sampai ke Johor, skY masih menguntum senyum! Indahnya nikmat persahabatan.

Sewaktu posting ini ditulis skY masih lagi tersenyum ;)
Hebatkan diri anda apabila dicas! ;)


"Lamanya bersendirian itu lebih memahamkan lagi dan lama berfikir itu menunjukkan ke jalan syurga."
-Lukman Al-Hakim-

Wallahuaklam.