Life is A Journey


Monday, April 26, 2010

Hukum wanita memakai gelang kaki adalah HARAM?

Nak cenggini blh??

Atau... cenggini cam dlm PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM tuh!. hahaha.


Salam..

2 ari tidak mengupdate lifeissjourney. Ade sesape windu skY?? agagaga. I was busy with my linguistic paper since 2 days before thats why tidak berblog walking dan membebel melontarkn kutukan dan kata2 pedas di sini. hahaha. Careful heh. Lidah lbh tajam dr mata pedang. NEXT!!

Okay. Tajuk ini diwujudkan atau tercipta krn tadi mase dlm exam hall ada seorang pengawas membisingkan diri ketika berjalan. CET!. Orang da tgh tesion soklan senang gaban dia ley la ke sana kemari dgn bunyi2 memukau mata. Lantak. Memukau pandangan jadi memukau mata!. I LOVE LINGUISTIC so dearly!. haha.

Setahu skY yg cetek lg ilmu ni. For muslimah (Muslim ladies), HARAM memakai gelang kaki. Maaf kalau ada kenkawan yg meminta skY membuktikan dgn nas dan dalil. 30 juzuk bersama tafsirannya masih mentah nak masuk ingatan skY. SOOOOO.... skY po search la dkt Pak Cik Google. Bagos Pak Cik Google ni. He's not bias at all. Islam ke tak, ade je maklumat dia bagi.

..NAH HAMEK..

Gelang kaki adalah merupakan perhiasan untuk kaum wanita. Apa sahaja jenis perhiasan sama ada dipakai ditangan atau dikaki, dileher atau badan adalah harus hukumnya. Rantai atau gelang kaki bukan suatu yang baru. Tetapi telah dipakai sejak zaman sebelum Islam, Kerana Al Quran ada menyebut mengenai gelang kaki. Harus diingat bahawa Islam menyuruh wanita-wanita khususnya para isteri berhias. Tetapi tidak boleh dizahirkan kecuali yang lazimnya kelihatan. Perhiasan wanita hanya boleh dizahirkan kepada suami dan muhrimnya saja.

Firman Allah S.W.T surah An-Nur ayat 31:-

Maksudnya:
''Katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman supaya mereka menutup pemandangan dan menjaga kehormatannya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka selain dari yang biasanya nyata kelihatan. Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka hingga ke leher dan dada mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa suami mereka, anak -anak mereka, anak-anak suami mereka, saudaranya, anak saudaranya, anak saudara lelaki, anak saudara perempuan mereka dan perempuan -perempuan mereka atau hamba sahaya mereka, atau orang yang mengikut mereka, di antara lelaki yang tiada mempunyai shahwat kepada perempuan, dan juga kepada yang belum ingin melihat aurat perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kaki mereka supaya dapat diketahui orang perhiasannya. Bertaubatlah kamu sekelian kepadaNya hai sekelian orang yang beriman. Mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.''

Dari keterangan ayat di atas jelas dilarang menghentak kaki supaya menarik perhatian terhadap perhiasan yang dipakai. Maka sama juga jika diletak loceng pada rantai kaki dan rantai tangan, ia akan berbunyi dan bunyi akan menarik perhatian org lain. Maka Hukumnya adalah Haram.

Nak baca lagi?. KLIK sini!


So, dlm pemahaman skY. Sekali lg si cetek ilmu ini menaip dan memberi pendapat. SELAGI gelang kaki yang dipakai TIDAK BERBUNYI dan MENARIK PERHATIAN orang. Maka TIDAK LAH HARAM.

P/S: Btw, pengganas tu. Eh bukan pengawas tu akhirnya membuka gelang kakinya setelah menyedari muka2 bengang 1000 pelajar di hall exam dgn bunyi gelang kakinya yg berdesing kala dewan senyap seperti tanah perkuburan. Agagagaga. CAO!

Wallahuaklam..

8 comments:

Captain said...

a`ah.. perhiasan nie kalau pakai bukan niat nak menunjuk dan tidak menarik perhatian orang maka ia tidak haram.. gelang kaki tu jgn ade loceng.. sbb loceng tu leh mnrik perhatian orang.. wallahualam~

KaiZeN SHiNoBi said...

wow... entry yang menarik.. keep it up saudari...

dojo klasik kaizen
http://kai2en.blogspot.com

skY Hayyat said...

Salam..

Captain, yupssss. HARAM tegar kalo berbunyi seantero kawasan. kalo pakai xde loceng xpela. asal puas diri sndri =)

Kaizen, InsyaAllah. Semoga Allah permudhkn. heee ^_^

kenwooi said...

oh.. this is informative.. thank you.. didnt know its haram for muslim lady to wear that =)

skY Hayyat said...

now u know ken. You should tell the muslim woman bout this when u see one of them wearing it! hahaha

yui92 said...

yup...xbole attract attention.....tp kadang2 bnda xbunyi pun bole attract attention...cam rambut yg xdihijab ker...pakaian xmngikut spesifikasi ker.. kan?

skY Hayyat said...

salam..

yup yui92. jaga shjlh sebaik mungkin. InsyaAllah terpelihara =)

Al-Yousry said...

Sememangnya benar dan sangat setuju. Ya Allahuakbar! Maha Suci Allah Taala yang aku dirikan sollah dan laksanakan tugas2 dari-Nya, inchallah.

Sememangnya HARAM wanita memakai gelang kaki. Itu bangsa hindhu saja yang memakai tu. Bila ditegur MELENTING, MARAH dan sebagainya. Mereka panggil kita Ustaz/Ustazah. Mereka panggil kita macam2 tetapi tidak lihat KONTEX yang ingin disampaikan. Ini adalah salah satu sikap manusia akhir zaman.

Seperkara lagi, jika kita lihat wanita bertambah ramai memakai gelang kaki, mereka juga dah bertambah ramai tindik hidung dan bahagian2 lain pada muka.

Itu belum lagi ku ingin sebutkan bahawa meletakkan muka di Facebook, sememangnya HARAM. Kerana ia jelas TABARRUJ dan menggalakkan fitnah pada yang bukan muhrim. Yang sedihnya, mereka BANGGA. Ini termasuklah yang lelaki. Amboih, sudah berani letak gambar girlfriend berpelukkan dan berduaan di Facebook. Begitu BERANI lelaki dan perempuan yang beragama Islam sekarang ni. Sangat berani bermaksud, berani cabar Hukum Allah. Jadi, kalau dah begitu sampai tahapnya berani, siapakah Allah Taala sebenarnya pada mereka?

Post a Comment