Life is A Journey


Monday, June 20, 2011

Jangan berbohong.

Assalamualaikum.

skY sentiasa berdialog di dalam hati apabila mula melontarkan suara. Strategi memikirkan hujah dan sokongan bagi menampung kenyataan yang dikeluarkan. Ada baiknya bergolak dengan diri sendiri sebelum melontar kata-kata. Memang benar, banyak kata, banyak dustanya. Kadangkala, secara tidak langsung lidah ini petah melontar dusta bagi menambah keghairahan mereka yang mendengarnya. Segera ditarik kembali! Bagaikan sudah menjerat diri sendiri dengan kata-kata. Teringat akan natijah dusta terus menarik dan mengakui semua itu hanya permainan. Walhal dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa jernihnya reaksi.

Rasulullah S.A.W pernah ditanya oleh seseorang akan asal nya baginda?. Baginda menjawab "Aku berasal dari tanah." Bukanlah mempersenda tetapi itulah salah satu kebenarannya. Memanglah benar kita berasal dari tanah. Namun konteks sebenar soalan itu adalah bertujuan dari manakah baginda datang sebelum sampai ke tempat tersebut. Ini bukan pembohongan. Lalu apakah ia? Haish, ingatan tidak mampu menepati nas-nas yang kukuh dan sumber yang tepat bagi cerita di atas. Sudilah memahami bagi yang mengetahui. Barangkali apabila di google pasti ketemu.

skY sering melakukan perkara di atas. Bukan berbohong tetapi menyatakan perkara lain. Kebenaran ada banyak, salah satunya dihebahkan dan satu lagi di simpan. Mungkin bukan satu, malah lebih. Contohnya ada yang bertanya kepada skY sudah makan sarapan?. skY mungkin jawab belum mungkin ya. Belum untuk hari ini, Ya untuk kelmarin. Adakah itu berbohong?.

Ada banyak jalan kebaikan untuk tidak menuju ke arah kebohongan. Ada banyak kebenaran yang boleh diperkatakan. Elok bagi yang tidak mendatangkan kemudaratan. Tanyalah iman.

Jangan berbohong.



Wallahuaklam.

2 comments:

DAZOOMNET said...

waaa .. macam ustzah dah ni .. good good ..

skY Hayyat said...

terima kasih ;)
semoga mampu menjadi salah satu dr nya.

Post a Comment