Life is A Journey


Saturday, July 2, 2011

Musafir di ambang Asar.

Assalamualaikum.


Waktu Asar sebentar menjengah dan bila waktu itu sampai, seluruh Tanah Merah bakal bergema dengar nada Azan dari dialek bumi yang berbeza. Musafir keletihan menahan cita sengaja merehatkan badan di masjid ini. Masih ada yang kelam kabut ingin menyelesaikan tuntutan menyempurnakan Solat Dzuhur. Ada anak-anak yang berlari-lari di hadapan dan belakang. Ibu-ibu yang terkocoh-kocoh untuk menyelesaikan solatnya pasti tidak khusyuk lantaran si comel menarik baju ibunya menagih perhatian. Aku menjeling dari sini sambil tersenyum melihat dia terpaku melihat aku menekan kekunci komputer riba ini. 

Cita-cita si musafir melihat keluarga atau menemui seseortang mahupun menghadiri temuduga, menanti ketibaan pesawat ataupun sabar menunggu ketibaan bas untuk pulang ke rumah. Di hati berasa lega kerana wajah-wajah dan urusan yang perlu diselesaikan telah sempurna. Ditinggal pergi relong waktu bergelar Pengarah, Eksekutif mahupun Pengurus. Di rumah Allah, musafir tetap musafir yang tidak dikenali. Menumpang mencari perlindungan di ruang solat sambil masing-masing menghela nafas lega urusan sudah diselesaikan.

Tenangnya musafir berada di hadapan mimbar sambil mendengar alunan bacaan Al-Quran yang sayup-sayup kedengaran. Yang tadi sudah selesai solat, menyusun langkah keluar dari masjid. Sempat melihat dan menjeling gelagat musafir lain sambil hati berbisik beraneka telahan tujuan dan keramahan yang hanya mampu diluah dalam senyuman. 

Jika yang datang kesini, niatnya kerja. Habuan perjanjian untung jutaan dibawa pulang. Jika yang datang ke sini, niatnya siraturrahim. Pasti berniat ingin hadir lagi kesini. Jika yang ditinggal dan bakal pulang itu cinta, maka hati memberontak agar dibina rumah di hadapan orang yang disayangi. Musafir di ambang Asar di Tanah Merah, pelbagai niat dan helaan nafas lega.

Musafir di ambang Asar.
Tanah Merah.
2hb Julai 2011.

2 comments:

ayie said...

mum dok wt gapo kt tanah merah tu?

skY Hayyat said...

ado urusey. hehe

Post a Comment