Manusia seperti kita memang saling melakukan kekhilafan dalam etika mahupun bicara. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan. Ada pula yang membalas dengan ukur baju di badan sendiri atau sama dengan cermin diri sendiri dahulu. Kalau dalam bahasa omputihnya kalau nak nasihatkan orang jangan sampai pot called the kettle black.
Dalam hidup kita seharian, banyak pengajaran yang hadir bagai satu pemberitahuan secara tidak rasmi oleh Allah kepada diri kita untuk dijadikan tauladan. Pelbagai cara dan kaedah yang Allah turunkan bagi menyedarkan diri sendiri betapa sesuatu amalan yang sia-sia itu jangan dituruti. skY selalu memberitahu diri sendiri betapa besederhanalah dalam segala segi terutamanya dalam urusan kebendaan dunia. Dalam erti kata lain, nak demand cantik, kaya, berharta. Semoga itu semua dijauhkan. Antara semua urusan dan tahapnya, yang pertengahan itu lebih elok.
Perkara keduniaan memang meletihkan jika dikejar. Terutamanya harta dan pangkat. Semuanya hanya menambah haus walau hilang dahaganya seketika. Bagi skY, definisi berharta cukuplah jika mampu TIDAK BERHUTANG. (Maaf jika skY salah memberi punca cerita) Salah seorang Sahabat Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah menyalahgunakan kuasanya sebagai gabenor menjaga perbendaharaan harta BaitulMal. Walaupun hanya sebatang lilin untuk diberikan kepada anaknya untuk belajar. Nabi Yusuf A.S sendiri lebih redha dicampakan ke dalam penjara setelah difitnah daripada menjadi rebutan para wanita istana. Kita? Sendiri jawab ;)
Jika memang diri tidak mampu memiliki sesuatu atau memang sebenarnya sesuatu perkara itu diluar kemampuan fizikal dan mental, hentikanlah. Jangan terus mengejar benda yang tidak tertanggung oleh diri sendiri. Belajarlah besederhana. Jika mengikut sesuatu kerana cabaran, biarlah mengaku kalah. Jika berazam suatu cita kerana dihina, redhalah sahaja. Tidak salah jadi pembakar semangat tetapi jangan kikirkan hati dengan sifat mazmumah. Cela dihati hanya mengundang kesiaan yang tidak berpenghujung.
Berhenti mengejar bukan penunjuk berputus asa. Tetapi lebih elok berjalan perlahan dan akhirnya pasti itulah rezeki yang ditakdirkan oleh anda oleh Allah yang Maha Mengetahui akan sesuatu perkara. Mungkin, Kita punyai rencana, Allah juga punya rencana. Jika kita punya keinginan,maka Allah yang memberikan ketetapan.
Ambillah hikmah yang lalu didepan mata sebaik-baiknya. Ada kebaikan.
USAHA.DOA.REDHA.PENERIMAAN.IKHLAS.
Wallahuaklam.









0 comments:
Post a Comment