Ehsan Google
Hujan renyai membasahi bumi sejak tengahari. skY lah orang yang paling bahagia. Haha. This is very lame expression on those who knew since beginning how fanatic, no lunatic skY is when comes to raining days.
CINTA. Memang abstrak setiap kali ingin dibicarakan. Cinta antara manusia berubah dimamah waktu kerana memang sifat manusia itu jelak pada keadaan yang tidak selesa secara berterusan. Realiti! Perasan kan apabila skY menghitamkan baris ayat di atas?.
Ini penjelasannya.
Ada pepatah Inggeris yang bermaksud, lelaki mengahwini wanita dan mengharapkan dia tidak akan berubah. Dan wanita mengahwini lelaki dengan mengharapkan lelaki akan berubah. Perfectly vain(hampa, hancur, musnah). Listen, no no no; Read! Banyak sudah perumpamaan di dalam cerita wanita itu cantik, lembut, sopan sebelum pernikahan dimeterai.
Sesudah berkahwin, wanita sebenarnya hodoh, tegas, ok garang ok singa betina! dan kasar!. Hodoh kerana tidak cukup masa melayan suami yang hanya tahu memerintah. Ya Allah lindungi aku dari si pemerintah. Tegas kerana suami sesuka hati menghabiskan wang dan waktu pada hobi sedangkan keperluan isi rumah tidak diutamakan. Ya Allah, lindungi aku dari si pemboros dan kedekut waktu. DAN. Kasar kerana melakukan kerja rumah yang KONONYA tanggungjawab perempuan sebagai surirumah WALAUPUN mereka turut bekerja. Sama penat, sama tertekan dengan pekerjaan. Dan itu semua hanya kerana ingin membantu suami. Really membantu? Bukan mencari nafkah sebenarnya?. Not to mention pendapatan lebih besar dari si suami .Ya Allah lindungi aku dari lelaki ego yang salah mentafsir amanah yang diterimanya ketika ijab qabul.
Lelaki pula diharapkan wanita supaya bertukar kepada seorang yang beragama setelah berkahwin. Lebih kurang panas baran setelah berkahwin. Dan mungkin lebih menghargai selepas berkahwin. Jika ditanya pada skY of course skY jawab bakal berhenti merokok selepas berkahwin. NO NO NO WOMEN! Jangan pernah berharap tabiat buruk lelaki akan berhenti selepas ijab dan qabul sah. Read with a wide eye opened! JANGAN MENGHARAP LELAKI AKAN BERUBAH SELEPAS BERKAHWIN! I'm not being sarcastic towards yang memang mahukan perubahan dan yang memang benar-benar ingin berubah. ADA. Ada yang ingin berubah dan benar-benar berubah tetapi jumlahnya sedikit. Lebih sedikit daripada yang mampu dilihat oleh mata kalian(wanita).
Tenang.
Kata As-Shafie. Cintailah manusia itu kerana agamanya. Jika hilang agama itu darinya, maka hilanglah cinta padanya. Itulah sebab cinta utama. Jika yang membaca kurang agama, tambahkanlah ilmu itu. Apabila bercakap soal agama atau yang lebih beragama, minda kita sepatutnya tidak meletakan gambaran seorang yang berjubah putih, berpelekat dan berserban bagi lelaki. Dan tidak pula yang bertudung labuh bagi wanita. Nilai agama dan tahap iman dalam diri dan hati hanya Allah yang tahu. Jika inginkan yang baik, jadikan diri anda baik. Jika anda memang sederhana maka cari dan ambillah yang sederhana. JANGAN MENGHARAP TINGGI pada apa yang tidak layak anda miliki. Bukan mengetuk kepala anda ke tingkat terbawah atau menghina tetapi inilah hakikat. Tinggalkan yang baik untuk yang baik jika diri memang tidak mampu menjadi sebaik itu. Bukan apa, elak berlakunya alasan 'tidak sefahaman' apabila ingin bercerai. Alasan lapuk dan sememangnya mampu dielakan dari awal.
Tahu sudah sebab cinta? Tiada lain kecuali kelengkapan agamanya.Wallahuaklam.











0 comments:
Post a Comment